Tuesday, March 18, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gal Gadot selamat lahirkan anak ketiga

    Pelakon Hollywood, Gal Gadot selamat melahirkan anak ketiganya baru-baru ini. Gadot dan suaminya Yaron Varsano berkongsi berita gembira itu menerusi instagram dan menamakan anak damit perempuan itu Daniella Varsano.

    “Keluarga kesayanganku. Saya sangat bersyukur dan bahagia. Kami bersemangat menyambut Daniella dalam keluarga kami,” tulisnya.

    Pelakon Wonder Woman ini turut memberitahu mereka berada dalam keadaan baik.

    Terdahulu, Gadot mengumumkan kehamilannya pada awal Mac lalu menerusi satu posting di Instagram.

    Gal Gadot berkahwin dengan Yaron Varsani pada September 2008 dan dikurniakan dua lagi anak perempuan iaitu, Alma, 9 dan Maya, 4. – Agensi

    Gal Gadot dan suaminya sepakat menamakan anak perempuan ketiga mereka Daniella Varsano. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda