Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Gala Aspirasi Seni 2022 labuh tirai

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Sebagai salah satu kegiatan utama di bawah Festival Sastera dan Seni Budaya Melayu Brunei, bagi menggema Sambutan Bulan Bahasa 2022, Gala Aspirasi Seni 2022 yang telah berlangsung selama tiga hari bermula 6 September 2022, telah melabuhkan tirainya pada hari ini dengan Majlis Penutupan Gala Aspirasi Seni 2022. 

    Majlis yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Bahagian Sastera dan Majalah diadakan di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas. 

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis penutup ialah Setiausaha Tetap (Kebudayaan), KKBS, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan.

    Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Bahagian Sastera dan Majalah, Dr Haji Mohd Ali bin Haji Radin, selaku pengerusi Gala Aspirasi Seni 2022. 

    “Gala Aspirasi Seni 2022 merupakan usaha jabatan ini dalam memperkasa Bahasa Melayu melalui wadah seni sastera, dengan penggabungan dan penghimpunan pelbagai persatuan penulis dan penggiat seni tanah air.

    Pengiran Haji Mohd Hasnan menyampaikan hadiah kepada Awang Mohammad Riduwan pada majlis yang diadakan di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas, kelmarin.

    “Menggunakan pendekatan senegara, penggabungan pelbagai persatuan penulis dan penggiat seni tanah air selaku rakan strategik jabatan ini berupaya mengangkat industri seni kreatif, baik dalam bentuk penulisan mahupun persembahan, ke satu tahap yang lebih baik dan efektif. 

    “Pelaksanaan Gala Aspirasi Seni ini telah memberikan satu persepsi baharu bagi mengungkap definisi seni sastera yang bukan sahaja terhad kepada bentuk penulisan semata-mata, tetapi juga dalam bentuk seni pengucapan, seni pementasan dan seni visual. 

    “Hakikatnya, sastera itu bersifat dinamik, dan akan terus bertahan dan berkembang selari dengan evolusi kehidupan manusia itu sendiri. Dengan adanya perkembangan tersebut diharap seni sastera akan menjadi sebuah industri kreatif bukan saja bagi menjana ekonomi negara tetapi juga mengukuhkan identiti kebudayaan, menegakkan tradisi dan meningkatkan kebanggaan negara sebagai sebuah negara bertamadun,” jelas Dr Haji Mohd Ali.

    Pengisian utama majlis tersebut adalah Pertandingan Baca Puisi Multimedia (Peringkat Akhir) yang menampilkan lima orang finalis, iaitu tiga finalis perseorangan, dan dua finalis berkumpulan yang terdiri daripada penulis dan penggiat seni anak muda yang berbakat dalam seni pengucapan khususnya bacaan puisi. Tampil di tempat pertama ialah Awang Mohammad Riduwan bin Johari yang membawakan puisi berjudul Pintu Waktu disusuli dengan Dayang Lenna Norsusilanita binti Bahari di tempat kedua dengan tajuk puisi Jiwa di Pesisir manakala Kumpulan Almas menduduki tempat ketiga dengan tajuk puisi Inikah Remaja?.

    Majlis turut diserikan dengan persembahan membaca sajak dan diakhiri dengan penyampaian sijil dan cenderamata kepada 18 peserta persembahan pentas, 10 peserta pameran Gala Aspirasi Seni 2022, 31 peserta Bengkel Penulisan Fiksi Mini 2022, dan tiga orang panel hakim Pertandingan Baca Puisi Multimedia. 

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...