Sunday, July 13, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Galactic lancar GENiE Smart Factory Solution

    KUALA LUMPUR, 23 April – Pakar automasi industri tempatan, Galactic Advance Engineering (M) Sdn Bhd hari ini melancarkan teknologi utamanya, GENiE Smart Factory Solution, untuk meningkatkan penggunaan amalan pembuatan pintar dalam kalangan peserta industri di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

    Kilang pintar itu merupakan penyelesaian pintar proses berasaskan awan bertujuan menggalakkan membuat keputusan yang lebih baik mengenai apa yang berlaku di aras pengeluaran.

    “GENiE mendapat nilai proses sebenar dan parameter operasi pengeluaran dan ia daripada perolehan data, menganalisis dan berkongsi.

    “Data ini diekstrapolasi dan diterjemahkan dalam antara muka papan pemuka yang mesra pengguna untuk membolehkan pengesanan proses atau jentera yang berterusan,” katanya dalam kenyataan.

    GENiE Smart Factory dilancarkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming.

    Ketua Pegawai Eksekutif Sakhtivel Narayanasamy berkata: “Terdapat banyak konsep yang membincangkan mengenai Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) dan kemampuannya untuk merevolusikan, tetapi kami percaya konsep ini boleh ditukar kepada penyelesaian seperti GENiE Smart Factory yang membolehkan peralihan yang inovatif dalam operasi pengeluaran untuk tempoh tiga tahun akan datang.”

    Sementara itu, Quantum Computing Sdn Bhd telah dilantik sebagai pejabat pemasaran dan promosi kilang pintar dan menyasarkan untuk menyokong sehingga 150 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam perjalanan IR 4.0 mereka pada 2019.

    Syarikat optimis, dengan menyatakan ia menjangka untuk mendaftar 300 peserta industri setahun di Asia Tenggara sebagai pengguna GENiE bermula tahun 2020. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda