Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Galak gaya hidup sihat, jauhi rokok

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 30 OKT – Bertepatan dengan visi Syarikat Mashhor General Contractor Sdn Bhd (MGCSB) untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan kakitangannya, lebih 52 orang warga MGCSB telah menghadiri satu siri taklimat dan pameran mengenai bahaya mero-kok, pagi tadi.

    Kempen yang diadakan di bangunan utama syarikat berkenaan di Jalan Pangsa, Seria itu diadakan bagi mewujudkan budaya dan persekitaran yang bersih bukan sahaja untuk kakitangannya, tetapi juga kepada pelanggan utama dan pemegang berkepentingan dengan melindungi mereka daripada asap rokok.

    Taklimat itu telah dikendalikan oleh Pusat Promosi Kesihatan yang diketuai oleh Pegawai Penterjemah Kanan, Hajah Mahamum binti Dato Haji Abu Zar yang antara lain menyampaikan beberapa perkara penting mengenai kesedaran bahaya asap rokok.

    Semasa taklimat tersebut, Hajah Mahamum turut memberigakan mengenai Akta Perintah Tembakau untuk membantu perokok dalam mengawal ketagihan mereka serta kaedah untuk berhenti daripada merokok secara sepenuhnya.

    Selain itu, turut diadakan semasa kempen tersebut ialah sesi kaunseling secara percuma mengenai kaedah untuk berhenti daripada merokok yang telah dikendalikan oleh Pegawai Pendidikan Kesihatan, Dayang Arni Nur Aqilah binti Bakar dan jururawat, Dayang Noorizan binti Idris dari Pusat Promosi Kesihatan.

    Pusat Promosi Kesihatan telah dijemput oleh syarikat berkenaan untuk memberikan taklimat pada kempen tersebut, di mana hadir mengalu-alukan rombongan itu ialah Pengurus HSSE Korporat, Awang Mohd Rizal bin Dr Haji Abdul Latif; yang juga mengetuai Jabatan HSSE syarikat dalam menganjurkan kempen tersebut pada hari itu. Di samping itu, beberapa pameran mengenainya juga turut diadakan yang bertujuan bagi meningkatkan kesedaran para pekerja mengenai kesan daripada merokok atau e-vaping yang boleh memudaratkan kesihatan dan cara untuk mengatasi amalan tersebut.

    Turut hadir dalam kempen itu ialah pelajar dari Pusat Pembangunan Belia, Daerah Brunei dan Muara yang diketuai oleh Penolong Pegawai Pelatih, Haji Ruslan bin Haji Kurus dan tenaga pengajar pusat berkenaan, Dayang Zurinah binti Haji Ibrahim.

    Salah seorang kakitangan MGCSB menghadiri konsultasi semasa kempen tersebut. – Gambar daripada MGCSB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda