Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Galak gaya hidup sihat melalui sukan

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 4 SEPT – Seramai 139 murid termasuk murid berkeperluan khas dari sembilan buah sekolah rendah di seluruh Daerah Belait bertanding dalam beberapa siri pertandingan sukan sebagai sebahagian daripada Festival Olahraga Kanak-kanak Sekolah Rendah 2024 untuk Kluster 6 sekolah.

    Pesta yang diadakan pada pagi 31 Ogos di Padang Serba guna Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Kuala Belait itu merupakan anjuran Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Jasmani dan Rekreasi, Jabatan Pendidikan Kokurikulum.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Ketua Kluster 6, Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, Dayang Halizawati binti Haji Kefli.

    Antara objektif penganjuran festival itu untuk memperkenalkan aktiviti sukan yang bersesuaian dengan keperluan perkembangan fizikal dan merangsang tumbesaran kanak-kanak.

    Selain itu, ia juga bertujuan untuk memupuk minat kanak-kanak dalam aktiviti fizikal, dengan memperkenalkan mereka kepada asas olahraga dalam bentuk permainan, di samping menggalakkan gaya hidup seimbang dan sihat melalui keseronokan dalam permainan dan acara sukan.

    Antara empat aktiviti sukan yang diadakan sebagai sebahagian daripada festival itu termasuk formula bends, backward overhead throw, hurdles relay dan 3 steps bound.

    Sebelum ini, festival serupa turut diadakan di enam kluster sekolah di seluruh negara, bermula dengan Kluster 1 pada 12 Mei; Kluster 2 pada 26 Mei; Kluster 3 pada 9 Jun; dan banyak lagi dijadualkan tidak lama lagi.

    Antara pelajar yang menyertai salah satu aktiviti sukan semasa acara tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda