Oleh Yusrin Junaidi
Gambar oleh Daniel Lim
BELAIT, 9 OKT – Murid-murid dari Pra-Kindy hingga Tahun 6 Sekolah Antarabangsa Brunei Seria (ISB Seria) telah mengambil bahagian dalam siri aktiviti menyeronokkan dan menarik semasa Sambutan Minggu Kesejahteraan yang diadakan bagi mengetengahkan mengenai impak positif daripada perbuatan baik.
Guru Tahun 4, McCready berkata bahawa aktiviti-aktiviti yang dirancang memfokuskan kepada kesejahteraan dan kesedaran di samping tema-tema lain.
Antara aktiviti yang diadakan ialah Active Day di mana kesemua warga sekolah telah menyertai aktiviti senamrobik. Warga sekolah juga menyertai cabaran mendaki Gunung
Kinabalu secara maya dengan menaiki 3,000 anak tangga dan seterusnya menyertai cabaran Mariana Trench.
Selain itu, di bawah tema Keep Learning, murid-murid menyertai beberapa aktiviti mempelajari kemahiran baharu seperti aktiviti memakai stoking sendiri, melakukan juggling, Tae Kwan Do dan banyak lagi.
Apa yang menarik sepanjang aktiviti seminggu berkenaan, ISB Seria juga mengadakan Be a Bucket Filler di mana murid-murid hadir ke sekolah dengan memberikan sumbangan $1 seorang, sehingga berjaya mengutip sejumlah $170 dan disumbangkan kepada
Pusat KACA untuk membantu warga yang berkeperluan khas.