Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Galaxy Folder, Wine Smart Jazz jadi pilihan warga emas

    SEOUL, 8 Mei – Model telefon pintar siri Galaxy Folder LTE dan Galaxy J keluaran Samsung Electronics Co. dan Wine Smart Jazz keluaran LG Electronics Inc dipilih model telefon pintar paling digemari warga emas di Korea Selatan, menurut data industri pada Isnin lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

    Menurut data dikumpul SK Telecom Co. terdapat kira-kira lima model telefon pintar digemari golongan berumur linkungan 60-an dan 70-an.

    Data berkenaan menunjukkan sebanyak 77 peratus pengguna memilih telefon Galaxy Folder LTE manakala 75 peratus lagi memilih Wine Smart Jazz.

    Kedua-dua model telefon berkenaan mempunyai kemudahan dwihalaman dengan harga dan pelan pembayaran berpatutan serta mempunyai skrin sangat luas.

    Siri telefon pintar Galaxy J dan Galaxy Wide juga popular dalam kalangan pengguna telefon pintar untuk golongan melebihi umur 70-an.

    Warga emas lebih gemar memilih telefon pintar yang senang digunakan dan mempunyai ciri setanding model mewah. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda