Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Galaxy Note 8 dilancar 23 Ogos?

    SAMSUNG telah sedia untuk melancarkan telefon pintar terbarunya dalam siri Galaxy Note iaitu Galaxy Note 8 apabila mula menghantar jemputan (gambar) bagi acara pelancaran Unpacked pada 23 Ogos depan.

    Walaupun syarikat itu tidak menyatakan secara langsung pada jemputan tersebut, ia mempunyai slogan ‘Do bigger things’ yang menandakan paparan lebih besar dan lebih banyak ciri daripada peranti kemegahan kini.

    Dalam imej jemputan itu, dikongsi Samsung Mobile menerusi tweet Khamis lalu, syarikat itu telah memaparkan bentuk telefon pintar dengan Infinity Display, seperti Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8+.

    Lebih penting, S Pen juga dapat dilihat di samping bentuk telefon pintar itu, sekali gus mengesahkan pelancaran Samsung Galaxy Note 8.

    Samsung berkata, “Ketahui apa maknanya melakukan perkara lebih besar pada 08.23.2017,” dalam tweet itu.

    Berdasarkan khabar angina yang tersebar, Galaxy Note 8 dijangka dikuasakan dengan SoC Snapdragon 835 atau Exynos 8895 (bergantung pada pasaran. Ia juga dipercayai akan didatangkan dengan RAM 6GB, tetapan dua kamera dengan dua sensor 12MP dan OIC bagi setiap lensa.

    Tetapan kamera pada telefon pintar itu dikatakan dalam bentuk mendatar dan sensor-sensor berkenaan dipercayai terasing daripada sensor cap jari di samping denyaran LED dan pemerhati kadar denyut jantung di tengah-tengah.

    Khabar angin mengenai sensor cap jari dalam skrin juga terus tersebar, bagaimanapun ia bergantung sama ada syarikat itu berjaya melaksanakannya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda