DALAM langkah berani, Samsung tidak akan menghentikan pengeluaran telefon pintar siri Note sebaliknya akan melancarkan Samsung Galaxy Note 8 lewat tahun ini. Berita ini datangnya daripada ketua perniagaan mudah alih Samsung sendiri, DJ Koh. Koh memberitahu CNET bahawa siri Note mempunyai ramai peminat setia dan syarikat itu mempunyai rancangan untuk mendedahkan Note 8 tahun ini.