Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Galaxy S23 Series 5G masuk pasaran Brunei

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 FEB – Telefon pintar Samsung Galaxy S23 Series 5G hari ini secara rasmi memasuki pasaran Brunei dengan majlis pelancarannya diadakan oleh Integrated Communications Sdn Bhd (Incomm) selaku pengedar utama telefon bimbit jenama Samsung di negara ini.

    Majlis yang berlangsung di Samsung Experience Store, Gadong itu telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Datastream, Hajah Nor Azura binti Haji Mohd Tahir bersama Pengurus Besar Incomm, Juliana Sim.

    Galaxy S23 Series 5G boleh didapati dalam tiga model Iaitu S23, S23+ dan S23 Ultra. Ciri-ciri menarik siri ini terletak pada fungsi kamera yang didatangkan dengan sistem baharu sepenuhnya.

    Ia merupakan siri telefon flagship Samsung yang hadir dengan penawaran cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dioptimasikan dan dibangunkan khusus untuk Samsung, menawarkan ruangan storan tinggi, pilihan kamera sehingga 200MP, dan juga sokongan S-Pen untuk versi Ultra.

    Menurut kenyataan, pelanggan yang telah membuat pesanan awal berhak mendapat penyimpanan data berganda pada Siri S23, Samsung Galaxy Buds 2 percuma atau Buds Pro, diskaun sehingga $80 apabila menggunakan Kad Kredit BIBD, diskaun $50 untuk pengguna Kad Kredit Baiduri, serta berpeluang memenangi hadiah bonanza akhir tahun Samsung dengan hadiah utamanya iaitu tiket penerbangan ke Korea untuk dua orang dengan wang tunai $1,000.

    Pelanggan juga boleh menikmati diskaun apabila mereka mendaftar mana-mana pelan kontrak Salesco Mobile dan mendapat diskaun pada peranti mudah alih mereka.

    Bagi memeriahkan lagi majlis, Incomm juga telah mengadakan sesi cabutan bertuah kepada 10 pelanggan terawal yang berjaya membeli Samsung S23 pada hari ini.

    Susan Seah diumumkan sebagai pemenang hadiah utama dan membawa pulang hadiah Samsung Galaxy S23 128GB. Manakala, tempat kedua dimenangi oleh Chong Youn Bao, diikuti dengan Tan Kuok Siong di tempat ketiga.

    Hajah Nor Azura dan Juliana Sim bergambar bersama para pemenang selepas melancarkan Samsung Galaxy S23 Series 5G terbaharu.
    Tetamu kehormat melancar samsung galaxy S23 terbaharu.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda