Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Galeri Pusat Sejarah dibuka untuk orang ramai

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Dis – Pusat Sejarah Brunei di ibu negara tidak ketinggalan membuka galerinya sempena Festival Disember Brunei (BDF) 2018 untuk kunjungan orang ramai setiap hari, bermula 7 pagi hingga 12 tengah hari.

    Tinjauan media hari ini, mendapati pusat berkenaan bukan sahaja membuka galeri untuk kunjungan orang ramai tapi membuat kelainan dengan menjemput pengusaha kecil dan sederhana dalam sama-sama memeriahkan lagi hari terbuka pusat berkenaan.

    Sejak dibuka untuk kunjungan orang ramai pada Ahad, jumlah pengunjung ke pusat berkenaan terus meningkat dan antara galeri yang menarik perhatian adalah galeri rempah ratus di mana pengunjung berpeluang memegang dan menghidu rempah ratus yang dipamerkan.

    Selain itu, galeri Perlembagaan Negara Brunei 1959 yang baharu dibuka pada September 2018 turut mendapat perhatian pengunjung yang datang.

    Antara aktiviti yang berlangsung hari ini termasuk menunggang kuda, kuiz sejarah, salasilah dan lain-lain.

    Galeri Perlembagaan Negara Brunei 1959 yang baru dibuka untuk kunjungan orang ramai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda