Wednesday, August 17, 2022
23.5 C
Brunei

Gambar anjing tular: Pemilik restoran disiasat

-

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OGOS – Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah menjalankan penyiasatan ke atas gambar tular menunjukkan seekor anjing liar mencemari bekas baldi berisi makanan di bahagian luar belakang sebuah restoran di Daerah Belait pada 28 Julai lalu.

Pada hari yang sama, para pegawai penguatkuasaan Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH) di Jabatan Hal Ehwal Syariah dengan kerjasama para pegawai penguatkuasaan dari Jabatan Perkhidmatan Makanan, Kementerian Kesihatan telah bertindak memeriksa premis itu pada jam 12 tengah hari.

Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Syariah, restoran tersebut merupakan pemegang sijil halal yang sah. Sehubungan itu, pemilik diarahkan menyertu restoran itu serta-merta.

Kes bagaimanapun masih lagi disiasat oleh pihak BKMH dan jika terbukti, maka pemilik restoran boleh didakwa di bawah Bab 37, Perintah Sijil Halal dan Label Halal 2005 bagi kesalahan melanggar syarat-syarat pensijilan halal.

Sehubungan itu, KHEU mengingatkan para pemilik restoran memiliki sijil halal agar sentiasa mematuhi syarat dan kehendak ditetapkan dalam Perintah Sijil Halal dan Label Halal 2005 dan sebarang peraturan di bawahnya.

Sebarang perlanggaran terhadap undang-undang dan peraturan pensijilan halal, KHEU tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang demi menjaga kemaslahatan masyarakat Islam di negara ini.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -