Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Gambar lucah itu palsu, sebuah ciptaan AI yang sangat kejam – Taylor Swift

    Pihak pengurusan penyanyi popular, Taylor Swift, bakal mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan gambar lucah menyerupai penyanyi itu.

    Beberapa gambar lucah pelbagai gaya berkenaan tular di media sosial menunjukkan penyanyi Cruel Summer itu kononnya berada di tengah-tengah perlawanan bola sepak Kansas Chief, Amerika Syarikat.

    Memetik laporan Utusan Malaysia, gambar berkenaan dikatakan direka menggunakan teknologi AI dan dimuat naik di laman sesawang yang mengandungi pelbagai gambar bogel menyerupai wajahnya sebelum tersebar ke media sosial.

    “Kami masih dalam perbincangan untuk mengambil tindakan undang-undang.

    “Namun apa yang jelas, gambar itu palsu, sebuah ciptaan AI yang sangat kejam, menghina, bersifat eksploitasi dan dibuat tanpa persetujuan dan pengetahuan saya,” kata Taylor kepada media tempatan.

    Ada juga pihak yang mendakwa gambar tersebut sengaja disebarkan bagi menimbulkan provokasi kepada dirinya dan juga kekasih, Travis Kelce.

    Bengang dengan penyebaran gambar itu, para peminatnya yang digelar Swifties menyerang semua akaun yang memuat naik gambar berkenaan dan memulakan kempen Protect Taylor Swift sebagai tanda solidariti.

    Para peminat Taylor Swift menggesa agar sebuah peraturan dan undang-undang khas diwujudkan bagi mengelak daripada terjadinya perkara seperti ini. – Agensi

    Taylor masih dalam perbincangan untuk mengambil tindakan undang-undang. – Pitchfork.com
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...