Kelibat bekas anggota kumpulan Bigbang iaitu Seungri yang bergambar bersama ibu dan abang kepada pelakon terkenal Indonesia iaitu Raline Shah menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat.
Kompas melaporkan foto bersama ibu Raline iaitu Rosaline dirakam ketika penyanyi berkenaan sedang bercuti di Bali, Indonesia.
Menerusi foto tersebut, Seungri dilihat memakai baju kemeja yang digayakan dengan topi
sedondon berwarna putih dan tersenyum ketika bergambar bersama mereka.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada pertemuan mereka berlaku secara tidak sengaja atau sebaliknya kerana Raline tidak bersama keluarganya pada percutian itu.
Pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu dilaporkan berada di luar negara atas urusan kerja.
Susulan penularan gambar tersebut, peminat mula mengusik Seungri dan Raline mempunyai hubungan istimewa.
“Kalau sudah bergambar dengan ibunya bermaksud sudah seperti keluarga. Mungkin mereka tidak hanya sekadar teman.
“Anak tiada, ibunya pun jadi untuk diajak bercuti bersama,” komen warganet. – Agensi