Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gambar Sharnaaz atas pelamin undang spekulasi

    Pelakon Sharnaaz Ahmad menyangkal dakwaan kononnya dia sudah menamatkan zaman dudanya apabila memuat naik gambar di atas pelamin bersama seorang wanita di Instagram miliknya.

    Menjelaskan kekeliruan itu, Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basri Ahmad, 38, berkata, perkongsian yang dibuat itu sekadar gurauan.

    “Tipu semua itu. Tiada apa pun. Tiada kahwin atau apa-apa. Saya sedang bekerja sekarang ini,” jawabnya ringkas ketika dihubungi mStar baru-baru ini.

    Cerita pelakon itu sudah berkahwin hebat diperkatakan apabila mereka berpakaian sedondon iaitu biru muda ketika duduk di atas pelamin.

    Anak lelaki Sharnaaz iaitu Jebat Jayden, 5, turut kelihatan dalam foto berkenaan.

    Lebih menguatkan spekulasi, Sharnaaz turut menulis kapsyen dan tanda pagar seolah-olah dia kini sudah kembali bergelar suami.

    “Maaf bukan lagi duda pilihan awda,” jelasnya.

    Bagaimanapun pelakon itu sudah memadam gambar tersebut selepas beberapa minit ia dimuat naik.

    Sharnaaz sebelum ini terbuka berkongsi tentang hubungannya bersama pelakon Amelia Christie dan memberitahu mereka masih dalam fasa berkawan. – Agensi

    Sharnaaz menyangkal dia sudah menamatkan zaman dudanya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda