Tuesday, March 21, 2023
23.1 C
Brunei

-

Gambar tular, Timbalan Speaker Pahang sahkan telah disaman

KUANTAN, 7 FEB – Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Lee Chin Chen hari ini mengesahkan beliau telah disaman atas kesalahan trafik melibatkan gambar kenderaan peribadinya melanggar peraturan lalu lintas, yang tular di media sosial baru-baru ini.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut berkata beliau telah memberi keterangan kepada polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong hari ini, berhubung kejadian itu.

“Saya telah memberikan kerjasama kepada mereka dan satu saman telah dikeluarkan. Saya akan menjelaskan saman ini seperti mana rakyat Malaysia yang lain dalam masa terdekat,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Lee juga mengucapkan terima kasih kepada polis kerana telus dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaiham Mohd Kahar menerusi kenyataan ringkas juga memaklumkan pihaknya telah mengeluarkan saman di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Bernama

Lee Chin Chen. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Paras oksigen kurang punca jutaan ikan mati

CANBERRA, AUSTRALIA, 19 MAC – Berjuta-juta ikan telah mati dihanyutkan di tenggara Australia dalam kematian yang menurut pihak berkuasa dan saintis berpunca daripada paras...
- Advertisment -