Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Gambit Saifullah berehat panjang selepas selesai penggambaran

    Jarang muncul di skrin televisyen, pelakon Gambit Saifullah berkata beliau meletakkan waktu untuk berehat selepas menyelesaikan sesuatu penggambaran drama.

    Memetik laporan mStar, Gambit atau Mohd Saifullah Rosli, 39, berkata itu kerana beliau mempunyai kehidupan sendiri dan perlu mengambil masa rehat yang panjang sebelum menerima tawaran baharu.

    “Kadang-kadang saya lihat juga rentak diri saya, kadang-kadang berlakon dua tahun kemudian cuti setahun. Berlakon setahun, bercuti pula sebulan.

    “Saya memang seperti itu memberikan ruang untuk diri kerana saya mempunyai kehidupan saya sendiri.

    “Bukan hanya sebab untuk menjaga nilai ekslusiviti sahaja, bagi saya seorang pelakon perlu ada masa untuk cas semula tenaga mereka,” katanya kepada mStar.

    Dalam pada itu, Gambit memberitahu beliau bersyukur kerana meskipun wajahnya jarang muncul di skrin televisyen, namun setiap naskah yang dihasilkan pasti akan mendapat sambutan baik daripada penonton.

    Kata pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa ini lagi, beliau lebih selesa untuk tidak menjalani kehidupan sepenuhnya sebagai seorang selebriti.

    “Kita perlu melihat tujuan hidup masing-masing, bagaimana seseorang itu mengukur tahap kejayaan mereka.

    “Saya tidak nafikan kehidupan sebagai seorang artis ini menarik tetapi saya bukan orang yang begitu. Saya mempunyai kehidupan sendiri.

    “Saya kena bersyukur dengan tawaran yang sering saya terima kerana selalunya apabila saya bercuti dan kembali bekerja semula, selalunya naskah yang saya buat itu berjaya menarik perhatian penonton,” ujarnya.

    Dalam perkembangan lain, Gambit memberitahu beliau kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama berjudul Pinjaman Syurga yang akan disiarkan di televisyen pada Oktober ini.

    Menerusi drama berkenaan, Gambit digandingkan bersama pelakon Fizo Omar yang memegang watak sebagai seorang lelaki autisme.

    Kata Gambit, sekiranya diberi pilihan, beliau tidak keberatan untuk membawakan watak autisme kerana gemar memberikan cabaran dalam setiap lakonannya.

    “Saya memang minat membawa watak-watak berbeza seperti seorang yang cacat penglihatan atau bisu. Susah memang susah tetapi ia sangat subjektif.

    “Untuk seorang yang normal mungkin mereka merasakan sukar untuk membawakan watak-watak seperti itu tetapi saya lebih suka kerana ia memberi cabaran dalam lakonan saya.

    “Daripada dulu lagi saya tidak suka perkara yang tipikal kerana bagi saya penting untuk mendidik penonton dan itulah tugas serta kepuasan sebenar bagi seorang pelakon,” katanya. – Agensi

    Gambit mahu memberi waktu untuk diri sendiri. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...