BELFAST – Dengan membawa pedang replika, seorang pelancong India, Akshay Mannur, bertarung dengan rakan-rakannya – melakonkan semula adegan-adegan dari ‘Games of Thrones’ di Ireland Utara bagi penggemar setia rancangan fantasi televisyen tersebut.
Sejak drama bersiri fiksyen yang penuh dengan pertumpahan darah mula menjadi terkenal dalam tahun 2011, para peminat mula pergi ke gua pantai dan puing-puing istana kota wilayah Britain, tempat kebanyakan penerbitan televisyen HBO membuat penggambaran.
“Setiap langkah baharu adalah seperti sesuatu yang baharu, melebihi jangkaan saya,” ujar seorang pelajar berusia 23 tahun, Mannur yang merasa kekaguman.
“Ini adalah negara yang indah – Ireland Utara amat mengagumkan.”
Pelancongan Ireland Utara menganggarkan rancangan yang penuh magi situ – yang kini dalam musim akhir – telah menarik 120,000 pengunjung ke wilayah itu dalam tahun 2016, yang menjana £30 juta (35 juta euro, AS$39 juta).
Seorang dalam enam pelawat kini datang ke Ireland Utara untuk melawat lokasi penggambaran, menurut anggaran mereka.
Di sepanjang jejak yang sebahagian besarnya jejak pantai, pemanduan tempoh singkat berhampiran bandar Belfast, populariti itu jelas terlihat.
Pergerakan berterusan bas dan van-van sewa diringi dengan keluar dan masuk dari tempat letak kereta pada jadual yang amat ketat serta kedai-kedai kampung yang penuh sesak dikunjungi para pelancong.
“Minggu lalu, mungkin pada Sabtu lalu, terdapat sebuah bas yang membawa 24 warganegara di dalamnya,” menurut pemandu pelancong Patrick Rogan di pintu gua Cushendun, tempat plot penting dalam drama bersiri itu.
“Pengunjung-pengunjung yang datang adalah dari Patagonia, New Zealand, Jepun, Rusia, Korea Utara dan Eropah, dan saya berpendapat ia mempunyai ceritanya sendiri.”
Sejak 2012, majikannya – jelajah ‘Stones and Thrones’ – telah menawarkan perkhidmatan persiaran di Belfast, yang mana kebanyakannya dikendalikan oleh pemandu-pemandu pelancong yang pernah berlakon sebagai pelakon tambahan dalam rancangan drama itu.
mereka mengendali dua bas yang penuh sehari, ujarnya, bersaingan dengan kira-kira empat buah syarikat lain yang menawarkan perkhidmatan sama.
Manakala perkhidmatan pelancongan lainnya lebih kepada tawaran pengalaman yang lebih mendalam – melontar kapak, memanah dan peluang bergambar dengan dua ekor serigala yang turut membintangi drama epik bersiri itu.
Perbandingan popular adalah pengaruh ‘Games of Thrones’ di sektor pelancongan Ireland Utara dan ‘Lord of the Rings’ pada pelancongan New Zealand.
“Sejarah hitam yang pernah berlaku di sini telah keluar,” kata pelakon lelaki Ireland Liam Cunningham, watak berbadan tegap dalam siri-siri ini kini diraikan sebagai yang paling mahal pernah difilemkan bagi layar kecil.
“Tempat ini berkembang dan bagi kami dengan adanya rancangan itu di sini dan menjadi sebahagian peralihan itu adalah menyeronokkan.”
Cunningham bercakap pada pembukaan pameran lawatan kostum dan hiasan latar di Belfast, minggu yang sama ketika musim baharu drama bersiri ini ditayangkan buat pertama kali.
Pameran yang memaparkan tengkorak naga yang bertingkat-tingkat, senjata yang diukir dan berjalin-jalin serta pameran interaktif yang didahului oleh galeri cetakan lanskap, yang memaparkan lokasi-lokasi penggambaran di luar bandar.
Keterangan pada satu gambar membawa perkataan ‘Views to die horribly for’ manakala satu lagi ‘Sun, Sea and Savagery’ yang merujuk kepada reputasi persembahan bagi membunuh dengan kejam watak-watak utama.
Itu adalah bukti lembaga pelancongan tempatan yang pintar, yang berusaha mengukuhkan hubungan antara wilayah mereka dan drama bersiri ini.
“Saya berpendapat perkaitan kami dengan kejayaan sejagat seumpama itu membantu mengubah imej Ireland Utara di seluruh dunia,” kata John McGrillen, ketua eksekutif Pelancongan Ireland Utara.
“Dalam banyak segi itu memberikan anda perhubungan awam yang tidak dapat dibeli.”
Dengan musim akhir ‘Game of Thrones’ yang sedang berjalan, kesetiaan pada drama bersiri ini mungkin akan tiba penghujungnya.
Namun dengan projek-projek yang tidak lama lagi, dan pemajuan lawatan studio dijangka dibuka di Ireland Utara tahun hadapan, wilayah itu masih mengharapkan hasil pelancongan.
“Kami berpendapat ini masih mempunyai hayat yang panjang,” ujar McGrillen. – AFP