Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gandingan ideal, bergaya

    ITALI – Melihat kepada reka bentuk terkini daripada nama fesyen terbaik, beg tangan dan kasut kelihatan begitu sempurna bersama.

    Gandingan kedua-dua barang aksesori ini menjadikannya ideal untuk melengkapkan apa juga jenis pakaian.

    Set fesyen yang menjadi kegemaran pada tahun 1980an, beg tangan dan kasut yang sepadan sentiasa kelihatan lebih menarik dan sangat bergaya.

    Antara pilihan utama penulis, Daz Manan, ialah beg tote and kasut flat oleh Valentino.

    Dihiasi dengan cetakan jaguar dan gaya lambang ikonik V jenama Itali, bertatahkan kristal hijau yang mempesonakan, aksesori itu pasti akan membuatkan mana-mana fesyen yang gemar dengan warna hijau akan merasa cemburu.

    Serlahkan penampilan awda dengan gandingan beg dan kasut dengan warna yang sama. – ANN/TheStar
    Gambar ANN/The Star
    Gambar ANN/The Star
    Gambar ANN/The Star
    Gambar Pin Page
    Gambar PurseBlog
    Gambar ANN/The Star
    Gambar PurseBlog

    Seterusnya ialah ciptaan pra Musim Bunga 2024 daripada Ferragamo dalam warna perak metalik.

    Terdiri daripada hobo mini yang bergaya dan kasut tumit tali pada pergelangan kaki, set bergaya itu masing-masing diserlahkan dengan simbol Gancini. Awda pasti akan dapat berjalan dengan bergaya mengikut corak fesyen terkini dalam gandingan tersebut.

    Jenama Itali juga menawarkan beg tote besar dan kasut bertali, dalam warna hitam dan coklat gelap yang menarik.

    Apa yang menjadikan aksesori tersebut lebih menarik ialah daya tarikannya yang kekal kerana hitam dan coklat gelap adalah warna klasik manakala reka bentuknya tidak lapuk menjadikannya gandingan sinergi yang bergaya.

    Gandingan beg tangan dan kasut diteruskan di pameran Bottega Veneta, yang mempamerkan beg tangan kulit tenunan dalam warna hijau kebiruaan yang menawan, dipadankan dengan kasut pelengkap dalam warna yang mempesonakan sama seperti koleksi Musim Panas 2024 bagi jenama Itali.

    Untuk malam glamor dan gemerlapan, awda boleh melihat pameran terkini daripada jenama Perancis, Christian Louboutin.

    Manakala, beg tangan yang sepadan dengan kasut tumit dalam reka bentuk bunga dan dihiasi dengan kristal berkilauan memberikan kesan yang lebih dramatik dan mempesonakan.

    Selain itu, kasut tanpa tumit dan beg tangan yang dipadankan Kate Spade New York adalah antara gandingan yang ceria dan bergaya.

    Reka bentuk slingback yang menawan dan bergaya dengan reben, kemudian dipadankan lagi hiasan berbulu, akan mencipta gandingan yang menarik dalam warna merah jambu yang kelihatan begitu cantik. – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda