Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gangguan air susulan penggantian injap pam

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Penduduk di kawasan Jalan Lamunin, Kampung Katimahar, Kampung Tanjong Nangka, Kampung Jerudong, Kampung Tanjung Bunut, sepanjang Jalan Jangsak, Kampung Mata-Mata dan kawasan sekitarnya akan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air (terutama di kawasan tinggi), bermula jam 9 malam, esok.

    Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR), hari ini, gangguan tersebut adalah disebabkan kerja-kerja penggantian discharge valve yang berukuran 600mm pada pam air bersih Sungai Burong di Loji Rawatan Air Layong, Tutong akan dilaksanakan pada 29 Jun jam 9 malam hingga 12 tengah malam.

    Kerja-kerja tersebut akan mengambil masa tiga jam dan akan mengakibatkan pengurangan sementara penghasilan air bersih.

    Bagaimanapun JKR memberi jaminan kepada orang ramai bahawa setiap langkah telah diambil untuk menyelesaikan kerja tersebut secepat mungkin.

    JKR juga mengambil peluang ini untuk memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui tangki atau sebarang aduan berhubung pembekalan air bersih.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda