Tuesday, March 18, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gangguan bekalan air

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai bahawa paip air utama Lebuhraya Muara-Tutong mengalami kebocoran di tiga lokasi iaitu berhampiran tanda Km 109.3 (dekat Sekolah IBTE), tanda Km 109.1 dan tanda Km 108.1.

    Walau bagaimanapun, kerja-kerja pembaikan paip sedang dilaksanakan dan akan mengambil masa hingga selesai, menurut kenyataan yang dikeluarkan JKR, hari ini.

    Oleh yang demikian, tambah kenyataan, beberapa kawasan terjejas iaitu Kampung RPN Lambak Kanan, RPN Meragang, Kampung Tanah Jambu, Kampung Salambigar dan sekitarnya akan mengalami tekanan rendah atau tiada bekalan air (terutama di kawasan tinggi).

    Pada masa yang sama, bagi membantu meringankan beban para penduduk yang terjejas, pihak jabatan telah menempatkan beberapa tangki air biru di beberapa kawasan.

    Di Kampung RPN Lambak Kanan, tangki-tangki ditempatkan di Jalan 49; Jalan 64; Jalan 11; berdekatan Sekolah Rendah Dato Marsal; Kawasan Pondok Polis dekat Dewan Kemasyarakatan Jalan 77; Masjid RPN Lambak Kanan; berdekatan Jabatan Pendidikan Kokurikulum dan di luar kawasan Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar.

    Di Kampung RPN Meragang, tangki biru berkenaan akan ditempatkan di Taman Rekreasi RPN Meragang. Walau bagaimanapun, JKR menasihatkan orang ramai untuk membawa botol atau abekas air sendiri.

    JKR dalam kenyataan turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa setiap langkah telah diambil untuk menangani bekalan air rendah tersebut dan pihak Jabatan berusaha untuk melaksanakan pembekalan air kembali seperti biasa secepat mungkin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda