Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APR – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan menyatakan bahawa jabatan berkenaan telah menerima aduan mengenai gangguan bekalan air di beberapa kawasan Kampung Mulaut dan sekitarnya pada masa ini.
Jabatan berkenaan sedang melaksanakan kerja-kerja penyiasatan bagi mengenal pasti punca gangguan berkenaan dan telah mengambil tindakan bersesuaian bagi membantu sebahagian kawasan yang terjejas.
Pengemaskinian akan diberikan sebaik sahaja pihak JKR menerima maklumat lebih lanjut mengenainya.
Penduduk di kawasan yang terjejas boleh mendapatkan bekalan air melalui tangki air biru yang telah disediakan iaitu bagi Kampung Mulaut di Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen.
JKR berkenaan menyatakan lagi bahawa kesabaran dan kerjasama orang ramai adalah sangat dihargai.