Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan menyatakan bahawa jabatan berkenaan telah menerima aduan mengenai gangguan bekalan air di kawasan-kawasan tadahan Loji Rawatan Air Mengkubau. Jabatan berkenaan sedang melaksanakan kerja-kerja penyiasatan bagi mengenal pasti punca gangguan berkenaan dan telah mengambil tindakan bersesuaian bagi membantu sebahagian kawasan yang

