Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gangguan bekalan air di beberapa kawasan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 NOV – Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai mengenai gangguan bekalan air dan tekanan air rendah yang berkemungkinan akan menjejaskan beberapa kawasan yang di bawah tadahan Tangki Air Beribi Lama1.

    Kawasan yang terlibat seperti Kampung Beribi, Jln Bunga Jasmin, Jln Pasar Gadong, kawasan komersial Mall Gadong, Maktab Duli PMAMB, Kampung Kiarong, Jln Ratna, Jln Ellia Fatimah, Kampung Kiulap, kawasan komersial Kampung Kiulap dan kawasan sekitarnya.

    Pihak Jabatan pada masa ini sedang giat melaksanakan kerja-kerja penyiasatan bagi mengenal pasti punca gangguan tersebut.

    Jabatan amat menyesali atas kejadian di luar jangkaan ini dan kesulitan yang dihadapi oleh penduduk yang terlibat.

    Sehubungan itu, tangki-tangki biru akan ditempatkan di beberapa lokasi yang akan di maklumkan kemudian.

    Pihak Jabatan juga memohon kerjasama orang ramai untuk menggunakan air secara berjimat dan berhemah, selain menyarankan kepada orang ramai untuk terus menghubungi Talian Darussalam 123 bagi sebarang permohonan tanker dengan segera.

    Beberapa kawasan di bawah tadahan Tangki Air Beribi Lama 1 akan mengalami gangguan bekalan air. – Gambar Pixabay.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda