Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Gangguan bekalan air dan tekanan air rendah akan berlaku pada 2 Mac bermula pukul 9 malam sehingga pukul 2 pagi, umum Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Gangguan bekalan air dan tekanan air rendah adalah disebabkan oleh kerja-kerja penggantian injap bypass bersaiz 300mm di dalam kawasan Tangki Rimba.
Kerja-kerja tersebut akan menyebabkan beberapa buah kawasan akan mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah iaitu sebahagian kawasan Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba, Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Rimba, Armada Rimba dan kawasan sekitarnya.
Sehubungan dengan itu, JKR memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi dan bagi sebarang permohonan untuk pembekalan tangki air, orang ramai boleh menghubungi Talian Darussalam: 123 atau Live Channel 123 ( 8332123). Perkhidmatan tangki air adalah terhad.
Oleh yang demikian, adalah diharapkan agar orang ramai akan dapat mengambil langkah untuk menjimatkan penggunaan air.