Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Gangguan bekalan air di beberapa kawasan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutama-nya penduduk kawasan yang terjejas bahawa kerja-kerja penggantian injap berukuran 600mm ke atas pam air bersih di Loji Rawatan Air Layong, Tutong masih dalam pelaksanaan.

    Oleh yang demikian, JKR dalam kenyataan menyatakan bahawa beberapa kawasan tambahan juga akan terjejas iaitu sebahagian Daerah Brunei dan Muara (Mukim Berakas A dan B, Mukim Gadong B, Mukim Kilanas dan Mukim Sengkurong); dan keseluruhan Daerah Tutong (Mukim Keriam, Mukim Kiudang, Mukim Lamunin, Mukim Pekan Tutong, Mukim Rambai, Mukim Tanjong Maya, Mukim Telisai dan Mukim Ukong).

    Pada masa yang sama, JKR juga menyediakan bekalan air sementara dengan tangki air biru yang di beberapa tempat atau lokasi iaitu di Masjid Mohamed Bolkiah, Serusop; dan letak kereta Tanah Perkuburan Pulaie

    JKR dalam kenyataannya memberi jaminan kepada orang ramai bahawa setiap langkah telah diambil untuk menyelesaikan kerja tersebut secepat mungkin.

    Pihak jabatan juga memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui lori tangki atau sebarang aduan berhubung pembekalan air bersih.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...