Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gangguan bekalan air di Belait

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BELAIT, 8 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan mengenai gangguan bekalan air atau tekanan air rendah akan berlaku di kawasan RPN Kampung Lumut, Fasa 1 dan 2, Lumut, Daerah Belait dan kawasan sekitarnya esok.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, JKR menjelaskan bahawa gangguan bekalan air atau tekanan air rendah berkenaan adalah disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan paip outlet berukuran 300mm diameter di Tangki Air RPN Kampung Lumut Nombor 2 bermula 8:30 pagi hingga selesai kerja-kerja pembaikan dilaksanakan.

    Sehubungan itu, pihak jabatan memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi sebarang aduan berhubung bekalan air.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda