Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gangguan bekalan air di Kg Katok B dan beberapa kawasan lain

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa paip air utama yang menyalurkan air bersih dari Loji Rawatan Air Bukit Barun berukuran 450mm berdekatan dengan simpang Sekolah Menengah Katok telah mengalami kebocoran disebabkan tanah susur.

    Sehubungan itu, kerja-kerja kecemasan pembaikan paip sedang dilaksanakan dan disebabkan itu, keseluruhan Kampung Katok B serta sekitarnya akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan rendah (terutama di kawasan tinggi).

    Di samping itu, beberapa kawasan lain juga berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air iaitu sebahagian Mukim Gadong B, RPN Lambak Kanan, Kampung Lumapas, Kampung Subok dan kawasan sekitarnya.

    JKR memberi jaminan kepada orang ramai bahawa setiap langkah telah diambil untuk menangani bekalan air rendah tersebut dan pihak jabatan berusaha untuk melaksanakan pembekalan air kembali seperti biasa secepat mungkin.

    Jabatan berkenaan juga memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui tanker atau sebarang aduan berhubung pembekalan air bersih.

    Sebarang kesulitan adalah dikesali dan pihak jabatan berterima kasih atas kefahaman dan kesabaran orang ramai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda