Gangguan bekalan air di RPN Meragang

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 NOV – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa gangguan bekalan air atau tekanan air rendah akan berlaku di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Meragang dan kawasan sekitarnya disebabkan kerja-kerja penyucian tangki Meragang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JKR, hari ini, gangguan berkenaan akan berlaku esok (3 November) bermula 9 pagi sehingga kerja-kerja selesai dilaksanakan.

Dalam kenyataan itu, JKR turut memaklumkan bahawa beberapa tangki biru ditempatkan di Taman Rekreasi RPN Meragang untuk kegunaan orang ramai.

Sehubungan itu, JKR memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi dan bagi sebarang permohonan untuk pembekalan lori tangki air, orang ramai boleh menghubungi Talian Darussalam 123 dan perkhidmatannya adalah terhad.

Oleh yang demikian, adalah diharapkan agar orang ramai akan dapat mengambil langkah untuk menjimatkan penggunaan air.