Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Gangguan bekalan air di Sandakan, sukarelawan bantu agih bekalan air

    SANDAKAN, 16 SEPT – Pasukan sukarelawan giat membantu mengagihkan bekalan air kepada penduduk Sandakan yang berdepan masalah bekalan air susulan operasi Loji Rawatan Air Segaliud terjejas akibat gangguan bekalan elektrik yang berlaku pada Sabtu lepas.

    Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berkata pasukan sukarelawan giat mengagihkan bekalan air hingga ke tengah malam tadi dan hari ini pengagihan air akan diteruskan dan lori tangki dari Pantai Barat juga akan tiba untuk menawarkan bantuan.

    “Kami memohon maaf atas krisis yang sedang kami hadapi akibat kekurangan bekalan elektrik selepas kerosakan menara KV beberapa hari lepas. Para sukarelawan kami sedang berusaha sehabis baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

    Bekalan air disalurkan lori tangki yang disediakan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan tinjauan Bernama mendapati penduduk turut menggunakan sumber mata air untuk keperluan harian.

    Beliau berkata pasukan sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, bangsa dan lapisan masyarakat itu benar-benar menyaksikan perpaduan di Sandakan. – Bernama

    Para penduduk membawa tong untuk mendapatkan bekalan air yang dihantar menggunakan lori ketika tinjauan di Kampung Sim Sim pada 16 September. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Berita Berkaitan

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    WASHINGTON, 23 NOV - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada...

    Terkini

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Ahli-ahli Majlis...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...