Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gangguan bekalan air, elektrik bertambah buruk

    LABUAN, 17 MEI – Gangguan bekalan air dan elektrik tidak berjadual di pulau bebas cukai itu bertambah buruk dengan keadaan cuaca panas pada masa ini.

    Penduduk Labuan yang berhadapan kesukaran akibat gangguan bekalan itu yang berpanjangan dan turut meluahkan rasa kesal di platform media sosial, merayu kepada kerajaan untuk mencari penyelesaian yang berkesan.

    “Selepas berdepan kesukaran dengan gangguan air dan elektrik setiap minggu, pulau ini yang dikelilingi laut, kini semakin buruk dengan keadaan cuaca yang panas terik. “Tiada bekalan air, elektrik dan kini kami perlu duduk di dalam rumah sendiri kerana cuaca yang terlampau panas,” kata Rosli Bahrum, 43.

    Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Labuan merekodkan suhu setinggi 38 darjah Celsius (setakat 1.30 tengah hari ini) dan keadaan cuaca panas dijangka berterusan hingga Mei.

    Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) melaksanakan catuan bekalan elektrik sejak akhir bulan lepas kerana kekurangan kapasiti penjanaan di grid kuasa di Labuan dan Sabah yang menjejaskan beberapa kampung termasuk di Labuan.

    Jurucakap SESB berkata sekurang-kurangnya dua feeder melibatkan beberapa kampung hari ini terlibat dengan catuan bekalan elektrik selama satu hingga tiga jam.

    “Kami tidak dapat mengesahkan bila catuan ini akan berakhir kerana ia diklasifikasikan sebagai krisis negara,” katanya kepada Bernama. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda