Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gangguan bekalan air jejas beberapa tempat

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memaklumkan mengenai kemungkinan akan berlakunya gangguan bekalan air dan tekanan air rendah di beberapa kawasan dari pukul 9 pagi sehingga 3 petang esok.

    Kenyataan menyatakan bahawa gangguan bekalan air dan tekanan air rendah berkenaan adalah disebabkan kerja-kerja penyambungan paip air berukuran 450mm dan 300mm serta kerja-kerja penggantian injap berukuran 450mm yang akan dilaksanakan pada hari berkenaan.

    Kawasan-kawasan yang berkemungkinan akan me-ngalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah adalah Kampung Kilanas, Jalan Bukit Dadap, Jalan Mulaut-Kilanas, Kawasan Ban 1, 2 dan 3, Tanjong Bunut Kiri, Kampung Sungai Tampoi, Kampung Pasai 1 dan 2, Jalan Mulaut, Kampung Lubok Sigurun, Kampung Lampaki, Kampung Paya Bunga Merah, Kampung Bengkurong, Kampung Sinarubai, Kampung Tasek Meradun, Kampung Bunut, Kampung Madewa, Kampung Telanai dan kawasan sekitarnya.

    JKR menyatakan lagi bahawa tangki biru ditempatkan di beberapa lokasi untuk kemudahan orang ramai iaitu kawasan lapang berhampiran Sekolah Rendah Bunut, perkarangan Bangunan WYWY, Jalan Bengkurong Masin, Taman Rekreasi Bukit Dadap serta beberapa tempat di Jalan Dadap, Kilanas.

    Dalam kenyataan itu, JKR memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui tanker (perkhidmatan adalah terhad) atau sebarang aduan berhubung bekalan air.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda