Thursday, January 30, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gangguan bekalan air kerana kerja-kerja pencucian tangki

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada orang ramai mengenai kerja pencucian tangki Melabau Estate yang akan berlaku esok (9 Februari).

    Kerja pencucian tangki tersebut akan bermula pada pukul 9 pagi sehingga kerja-kerja selesai.

    Kawasan yang terlibat ialah Jalan Kebangsaan, Pusat Dakwah Islamiah, Kedutaan Amerika Syarikat, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Al-Falaah, Kedutaan Arab Saudi, Kedutaan Besar Republik Indonesia, Kedutaan Republik Demokratik Rakyat Laos, Kedutaan Republik Filipina dan kawasan sekitarnya.

    Manakala sebahagian kawasan yang terlibat berkemungkinan mengalami tekanan air rendah terutama di kawasan tanah tinggi.

    Untuk sebarang aduan mengenai gangguan bekalan air atau permohonan untuk pembekalan lori tangki air, orang ramai boleh menghubungi Talian Darussalam 123.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda