Gangguan bekalan air malam ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan bahawa gangguan bekalan air atau tekanan air rendah akan berlaku di Daerah Brunei dan Muara bermula 9 malam esok hingga 3 pagi keesokan harinya.

Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Kampung Batong, Kampung Wasan, Perpindahan Kampung Lugu, Kampung Kilanas, Kampung Telanai, Kampung Beribi, Perpindahan Kampung Katok B, Kampung Kiarong, keseluruhan Bandar Seri Begawan, keseluruhan Kampong Ayer, Kampung Subok, Kampung Lumapas, Kampung Tungku 1, Kampung Tungku 2, Perpindahan Kampung Rimba, Sultan’s Flight, Tentera Udara Diraja Brunei, Universiti Brunei Darussalam, The Empire Brunei, sepanjang Jalan Berakas, Berakas Kem, Perpindahan STKRJ Kampung Lambak Kiri, Perpindahan Kampung Lambak Kanan, Kampung Dadap, Kampung Jangsak, Kampung Mata-Mata, Kampung Menglait, kawasan Batu Bersurat, pusat komersial Gadong, kawasan Kumbang Pasang, pusat komersial kawasan Airport Mall, Burong Pingai Berakas, kawasan Lapangan Terbang Lama, Berakas, Kampung Anggerek Desa, Kampung Pulaie, Kampung Panca Delima, pusat komersial Serusop, kawasan diplomatik, Kampung Sungai Akar, Kampung Sungai Hancing, Kampung Belimbing, Kampung Sungai Tilong, Kampung Salambigar dan sekitarnya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JKR, di sini, hari ini, gangguan berkenaan adalah disebabkan kerja-kerja mengganti injap berukuran 300mm dan 800mm di Loji Rawatan Air Bukit Barun bagi Peringkat 4 dan 5 sebagai sebahagian daripada kerja-kerja menaik taraf loji berkenaan.

JKR dalam kenyataannya memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi dan bagi sebarang permohonan untuk pembekalan lori tangki air bolehlah menghubungi hotline Talian Darussalam 123 atau Live Channel 123 (8333123) yang mana perkhidmatan lori tangki air adalah terhad.

Oleh yang demikian, orang ramai diharap akan dapat mengambil langkah untuk menjimatkan penggunaan air sehingga bekalan air pulih seperti sediakala.