Wednesday, February 19, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gangguan bekalan air sedang disiasat

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan bahawa jabatan berkenaan telah menerima aduan mengenai gangguan bekalan air di sekitar kawasan Kampung Belimbing, Subok pada masa ini.

    Dalam hubungan itu, JKR dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, menyatakan jabatan berkenaan sedang melaksanakan kerja-kerja penyiasatan bagi mengenal pasti punca gangguan itu dan telah pun mengambil tindakan bersesuaian bagi membantu sebahagian kawasan yang terjejas.

    Pengemaskinian akan diberikan sebaik sahaja pihak jabatan menerima maklumat lebih lanjut mengenainya dan buat sementara waktu, penduduk di kawasan terlibat boleh mendapatkan bekalan air melalui tangki-tangki biru yang disediakan di kawasan-kawasan yang disenaraikan iaitu di Masjid Kampung Belimbing, Subok dan Taman Riadah Tasik Serubing.

    JKR turut menyatakan kesabaran dan kerjasama orang ramai adalah sangat dihargai.

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda