BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MEI – Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perdana Menteri, melaporkan gangguan bekalan elektrik yang menjejaskan sebahagian Kampung Kiulap, Kampung Beribi, Kampung Kiarong dan kawasan sekitarnya di Daerah Brunei-Muara kelmarin.
Gangguan telah berlaku pada jam 3:57 petang dan kerja-kerja pemulihan telah dijalankan untuk memulihkan bekalan elektrik secara berperingkat.
Jabatan itu berkata maklumat terkini mengenai fasa pemulihan untuk kawasan terjejas akan disediakan melalui platform media sosial rasmi JPE.
JPE memohon maaf atas sebarang kesulitan yang terjadi.
