Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai mengenai kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Layong, Tutong yang memerlukan penutupan air utama dilaksanakan pada 16 Ogos bermula pukul 9 malam.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, JKR menjelaskan kerja-kerja penyelenggaraan berkenaan akan mengambil masa 12 jam dan akan mengakibatkan tekanan air rendah atau tiada bekalan air.
Oleh yang demikian, beberapa buah kawasan akan menerima gangguan bekalan air dan tekanan air rendah terutama bagi kawasan yang tinggi di mana kawasan-kawasan yang terjejas adalah di Daerah Tutong dan Daerah Brunei dan Muara.
Kawasan yang terjejas di Daerah Tutong ialah Mukim Ukong, Mukim Tanjong Maya, Perpindahan Rakyat Jati Telisai dan Kampung Telisai, Kampung Telamba, Kampung Danau, Perumahan Perpindahan Negara Bukit Beruang, Mukim Pekan Tutong dan Mukim Keriam, Perkhemahan Tutong Kem, Kampung Penanjong, Perkhemahan Binturan Kem, Mukim Rambai, Mukim Lamunin, Mukim Kiudang serta kawasan-kawasan sekitarnya.
Manakala itu, di Daerah Brunei dan Muara, kawasan terjejas ialah Tasek Lama, Ong Sum Ping, Mabohai, Jalan Kebangsaan, Kampung Belimbing Subok, Kampung Sungai Akar, Jalan Kebangsaan Lama, Kampung Pulaie, Kampung Orang Kaya Besar Imas, Kampung Pancha Delima, Kampung Pengiran Siraja Muda Delima Satu, Kampung Anggerek Desa, Jalan Kumbang Pasang, bangunan-bangunan kerajaan Airport Lama, Kampung Burung Pingai Berakas.

Turut terjejas adalah kawasan Kampung Jaya Bakti, Kampung Jaya Setia, Kampung Serusop, Kampung Manggis, Kampung Madang, Kampung Sungai Tilong, Kampung Sungai Hanching, Kampung Salambigar, Kampung Tanah Jambu, sebahagian Perpindahan Lambak Kanan, Kampung Menglait, Batu Bersurat, Pengkalan Gadong, Kampung Mata-Mata, Perpindahan Kampung Mata-Mata, Kampung Beribi, Kampung Jangsak, Kampung Kilanas, Kampung Tanjong Bunut, Kampung Selayun, Kampung Sengkurong, Kampung Jerudong, Kampung Tanjong Nangka, Kampung Kulapis Bebatik, Kampung Katimahar serta Kampung Lugu.
JKR menyatakan akan berusaha memberikan jaminan kepada orang ramai bahawa setiap langkah telah diambil untuk menangani masalah berkenaan dan jabatan berusaha untuk melaksanakan pembekalan air kembali seperti biasa secepat mungkin.
Pada masa yang sama, jabatan berkenaan juga berusaha untuk membekalkan air yang berterusan dengan menempatkan tangki air biru di beberapa buah kawasan di Daerah Tutong dan Daerah Brunei dan Muara.
JKR dalam kenyataannya lagi memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui lori tangki air atau sebarang aduan.
Jabatan berkenaan menyatakan bahawa sebarang kesulitan adalah dikesali dan ingin berterima kasih atas kefahaman serta kesabaran orang ramai.









