JAKARTA, 4 OGOS – Kira-kira 10 juta penduduk di kepulauan Jawa, Indonesia telah terjejas dengan putusnya bekalan elektrik hari ini selepas utiliti kerajaan PLN melaporkan gangguan elektrik di beberapa loji tenaga.
Penutupan itu telah menyebabkan bangunan-bangunan di bandar Jakarta – rumah kepada kira-kira 30 juta orang – berada dalam kegelapan dan memaksa penutupan sementara sistem transitnya yang baharu. Para penumpang selamat dipindahkan dari beberapa gerabak MRT ketika bekalan tenaga terputus, menurut operator sistem, sementara kereta api komuter juga terjejas.
Hospital-hospital di Jakarta dan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta tidak terjejas disebabkan adanya sokongan penjana tenaga, kata para pegawai. “Bagi orang ramai yang mempunyai saudara yang sakit, semua hospital di Jakarta mempunyai kuasa generator dan beroperasi seperti biasa,” kata gabenor bandar, Anies Baswedan dalam media sosial.
Ahli politik tertinggi Jakarta menggesa agar penduduk untuk mengurangkan perjalanan dan menjimatkan air sehingga bekalan tenaga dipulihkan.
Gangguan itu yang bermula sekitar tengah hari waktu tempatan dan dijangka hingga hari ini menyebabkan gangguan sekali skala dalam servis telefon bimbit dan mesin tunai, sementara bangunan-bangunan apartmen dalam kegelapan dan jalan raya juga sesak ketika lampu lalu lintas tidak berfungsi. – AFP