LONDON, 30 OKT – Gangguan yang menjejaskan Microsoft menyebabkan peningkatan mendadak laporan gangguan perkhidmatan internet melibatkan pelbagai platform termasuk NatWest, Minecraft dan BT, lapor PA Media/dpa. Laman sesawang Downdetector yang menjejak aduan perkhidmatan dalam talian merekodkan lonjakan laporan kelmarin, dengan lebih 2,000 laporan berkaitan Xbox dan sekurang-kurangnya 500 laporan melibatkan Microsoft Outlook menjelang 6 petang

