Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Gangguan monyet berkeliaran

    Baru-baru ini, saya mendapati sampah sarap di sekitar kawasan perniagaan awam berselerakan hingga mencetuskan pemandangan yang tidak menyenangkan dan mencemarkan imej persekitaran.

    Walaupun sampah-sampah telah dibuang di tempat yang dikhaskan, monyet dan anjing yang berkeliaran pasti akan menyelongkar tong-tong tersebut untuk mencari makanan.

    Jika sampah tersebut dibiarkan setentunya akan menyebabkan pencemaran ekosistem persekitaran yang tidak bersih di samping mengundang binatang seperti lalat, lipas, nyamuk dan tikus.

    Kehadiran haiwan tersebut juga boleh menyebabkan ketakutan atau kebimbangan dalam kalangan penduduk, terutamanya jika berlaku serangan.

    Dalam hal tersebut, pihak berkenaan perlu mengambil langkah strategik untuk melindungi habitat semula jadi monyet antaranya melalui pemuliharaan hutan dan kawasan hijau.

    Di samping itu, kawalan populasi atau penempatan semula monyet ke habitat yang lebih sesuai juga perlu dilaksanakan.

    Peningkatan pembangunan sedikit sebanyak telah menghakis hutan semula jadi yang antaranya merupakan habitat kepada monyet.

    Kekurangan sumber makanan terhadap habitat asal juga boleh menyebabkan haiwan tersebut berani keluar untuk mencari makanan di kawasan penempatan manusia dengan cara mencuri makanan, memusnahkan tanaman atau merosakkan barangan rumah.

    Selain itu, masyarakat juga perlu dinasihatkan untuk tidak memberi makanan secara langsung, dikhuatiri ia akan menjadi terbiasa untuk diberi makanan.

    Isu monyet berkeliaran memerlukan pendekatan yang seimbang, di mana ia melibatkan perlindungan terhadap haiwan tersebut serta kesejahteraan masyarakat setempat.

    Langkah-langkah jangka panjang amat diperlukan untuk memastikan manusia dan hidupan liar dapat hidup bersama secara harmoni.

    Reda A.

    Gambar Envato

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sharnaaz Ahmad ‘tegur’ duda ikut trend Jamilah

    Pelakon Sharnaaz Ahmad menegur golongan duda yang terlalu asyik...

    Pelajar Tahun 6 SR YSHHB meriahkan aktiviti selepas PSR

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...