Thursday, July 17, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gangguan perkhidmatan DST

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jan – Pihak DST ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan Easi dan prabayar GO!broadband akan mengalami gangguan pada Hari Jumaat, jam 12 tengah malam hingga 4 pagi. Perkhidmatan yang terjejas adalah perkhidmatan bagi suara (voice), data, SMS dan fungsi USSD untuk recaj, pertanyaan dan pemindahan kredit.

    Gangguan tersebut adalah disebabkan oleh penaiktarafan sistem bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan.

    Dalam masa yang sama, pelanggan-pelanggan Prima, pascabayar GO!broadband dan Home Broadband juga akan tidak dapat membuat sebarang pembelian ‘add-on’data. Namun, perkhidmatan-perkhidmatan yang lain seperti suara (voice), data, SMS masih seperti biasa.

    Pihak DST memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan akan sedaya upaya memastikan perkhidmatan akan dipulihkan seperti sediakala.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda