SIBU, 3 Jan – Seorang buruh ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal ke atas anak saudaranya yang berusia tiga tahun di sebuah rumah di Jalan Tiong Hua di sini Isnin lalu.
Lelaki berusia 32 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terkutuk tersebut di dalam biliknya pada kira-kira 8 malam dan kejadian disedari ibu mangsa yang berusia 30 tahun apabila terdengar suara tangisan anak perempuannya itu ketika berbual bersama ibunya.
Dia kemudian membawa anaknya ke Balai Polis Sentral Sibu untuk membuat laporan sebelum pergi ke Hospital Sibu untuk rawatan. – Bernama