Tuesday, May 6, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gangguan sementara portal PSCR 2.0

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MEI – Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam  (SPA) memaklumkan bahawa gangguan portal PSCR 2.0 yang bermula sejak 17 April 2025 adalah berikutan kerja-kerja penyelenggaraan sistem portal dan termasuk kerja-kerja  pengukuhan keselamatan sistem dan aplikasi digital kerajaan yang dijalankan oleh  Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC)  dalam  usaha berterusan  untuk memastikan perkhidmatan digital kerajaan kekal selamat dan boleh dipercayai.

    Menurut kenyataan Pejabat SPA, semasa tempoh gangguan ke atas portal  PSCR 2.0, tarikh  tutup  iklan jawatan kosong bermula 19 April  2025 di samping tarikh-tarikh ujian dan temu duga adalah dilanjutkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

    Manakala, senarai jawatan kosong  yang dilanjutkan tarikh tutupnya juga akan diumumkan melalui media-media sosial SPA, PSC.BN dan Pelita Brunei.

    Untuk makluman, Pejabat SPA juga sedang menjalankan kerja-kerja pembangunan beberapa ciri baharu yang akan diperkenalkan setelah portal diaktifkan semula.

    Pengumuman bagi tarikh portal tersebut diaktifkan semula akan dimaklumkan oleh pejabat berkenaan melalui media cetak tempatan dan juga media sosial PSC.BN serta TD123 dan GOV.BN.

    Pejabat SPA memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi dan merakamkan berbanyak-banyak terima kasih atas kesabaran, pemahaman serta  kerjasama para pengguna.

    Diharapkan dengan penaiktarafan yang dilakukan ke atas portal tersebut akan memudahkan dan melancarkan lagi permohonan jawatan kosong dalam perkhidmatan awam.

    Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh berhubung terus dengan Pejabat SPA melalui meja bantuan di talian 7371961 semasa waktu bekerja atau e-mel ke alamat query@spa.gov.bn atau melalui Talian Darussalam 123.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda