Jumaat, 21 November 2025
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ganja bernilai RM5.9 juta dirampas, tujuh individu ditahan

    SHAH ALAM, 13 OKT – Polis Malaysia percaya telah menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas merampas dadah jenis bunga dan daun ganja seberat 173.14 kilogram (kg) bernilai RM5.9 juta, dalam empat serbuan berasingan pada 3 dan 5 Oktober.
     
    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata polis turut menahan lima lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 41 tahun, serta merampas dua buah kenderaan dengan nilai sitaan berjumlah berjumlah RM129,000.
     
    Beliau berkata dua lelaki dan seorang perempuan ditahan dalam serbuan pertama di sebuah rumah di sekitar Subang Jaya, sebelum pemeriksaan di premis itu menemukan 115 bungkusan plastik berisi dadah disyaki bunga ganja seberat 112.23kg serta 43 paket plastik berisi ketulan ganja seberat 4.72kg.
     
    “Serbuan kedua di tepi jalan sekitar Petaling Jaya pula membawa kepada penahanan dua lelaki yang menaiki kereta jenis Perodua Alza bersama 12 bungkusan plastik berisi bunga ganja seberat 12.52kg.
     
    “Suspek berikutnya iaitu seorang lelaki dan wanita telah ditahan dalam serbuan ketiga di sebuah hotel sekitar Selayang, sebelum pemeriksaan di dalam bilik berkenan menemukan dua bungkusan plastik berisi bunga ganja seberat 2.1kg,” katanya pada sidang media di Shah Alam, hari ini. – Bernama
     
    Datuk Hussein Omar Khan menunjukkan barangan rampasan pada sidang media mengenai kejayaan JSJN dalam menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis bunga ganja di sekitar negeri Selangor bernilai RM5.9 juta di Mes Pegawai Kanan Polis, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda