Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ganjaran eksklusif menanti pemegang kad Baiduri

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Bank Baiduri dalam kenyataannya hari ini mengumumkan menjadi rakan perbankan rasmi bagi Pesta Pelancongan Sabre Brunei 2025, yang dianjurkan dengan kerjasama Sabre Travel Network dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB).

    Acara tersebut akan berlangsung pada 13 dan 14 September ini, di Dewan Bridex 1, Jerudong, bermula dari pukul 9 pagi hingga 9 malam setiap hari.

    Pada pameran tersebut, pelanggan baharu yang mendaftar untuk kad Bank Baiduri akan menikmati pelbagai ganjaran menarik.

    Pemohon bagi Visa Infinite RB atau Kad Kredit Platinum daripada Bank Baiduri atau pemindahan baki akan menerima pengecualian yuran tahunan selama empat tahun, 5,000 batu Royal Skies serta rekaan kad edisi terhad khas sempena ulang tahun ke-50 RB.

    Pemohon Kad Debit Visa Platinum RB pula akan menikmati pengecualian yuran tahunan selama empat tahun, manakala pemohon kad kredit dan debit Baiduri lain turut mendapat pengecualian yuran tahunan selama tiga tahun.

    GAMBAR FAIL

    Selain itu, mereka juga akan menerima hadiah percuma termasuk barangan gaya hidup khas daripada Little Woods dan pek snek gourmet daripada Heritage Bakwa.

    Untuk menikmati tawaran ini, pelanggan hanya perlu mendaftar maklumat mereka di pameran pelancongan tersebut dan melengkapkan permohonan di mana-mana cawangan Bank Baiduri sebelum 27 September, kemudian mengutip serta mengaktifkan kad mereka selewat-lewatnya pada 31 Oktober.

    Pemegang kad Baiduri juga boleh menantikan pelbagai ganjaran eksklusif semasa berbelanja di pameran tersebut. Pemegang Kad Visa RB akan memperoleh tiga kali ganda batu Royal Skies apabila membeli tiket penerbangan atau pakej pelancongan, dengan had maksimum 2,000 batu bagi setiap pelanggan sehari.

    Khas untuk pemegang kad Baiduri, pembayaran menggunakan mana-mana kad Baiduri di pameran ini akan mendapat tiga kali peluang dalam Cabutan Bertuah Sabre, selain menikmati pulangan tunai sebanyak 5 peratus untuk pembelian di gerai makanan dan minuman sepanjang pameran.

    Semua pengunjung Pesta Pelancongan Sabre Brunei yang berbelanja minimum $300 dalam satu resit juga layak menyertai cabutan bertuah segera.

    Selain manfaat eksklusif untuk pemegang kad, semua pengunjung juga boleh menikmati aktiviti yang menyeronokkan dan interaktif. Cabaran kuiz langsung secara rawak akan diadakan sepanjang acara, memberi peluang kepada peserta memenangi hadiah menarik serta mewujudkan suasana meriah dan interaktif untuk semua yang hadir.

    Kerjasama antara Bank Baiduri, Sabre Travel Network dan RB ini menekankan komitmen bersama dalam memberikan pengalaman perjalanan yang lebih bernilai dan bermanfaat.

    Ketua Perbankan Runcit Bank Baiduri, Lim Kian Chiong, berkata, “Di Bank Baiduri, kami percaya untuk sentiasa dekat dengan pelanggan — sama ada menyokong mereka dalam keperluan harian mahupun berkongsi detik penuh keterujaan seperti merancang percutian seterusnya.

    “Pesta Pelancongan Sabre Brunei adalah platform terbaik bagi kami berhubung secara langsung dengan para pengembara.

    “Sempena tahun ke-19 kerjasama kami bersama Sabre Travel Network dan RB, kami berbangga dapat terus memberikan nilai bermakna serta ganjaran eksklusif kepada pelanggan kami.”

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda