Monday, December 30, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ganjaran lumayan untuk pelanggan

    Oleh Pg Fairol RMF

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Dalam usaha untuk membawa ganjaran kepada pelanggannya, Bank Baiduri dengan kerjasama Pusat Membeli-belah Hua Ho telah melancarkan Promosi ‘Beli, Menang dan Pandu’.

    Promosi berkenaan telah dilancarkan pagi tadi pada majlis yang diadakan di Pusat Membeli-belah One City, Sungai Akar dan disempurnakan oleh Ketua Perbankan Runcit dan Rangkaian Cawangan Bank Baiduri, Pengiran Azaleen bin Pengiran Dato Haji Mustapha bersama Pengurus Pemasaran Pusat Membeli-belah Hua Ho, Lau Soon Lin.

    Pengiran Azaleen berkata, kerjasama berkenaan merupakan yang besar dalam kerjasama antara Bank Baiduri dan Hua Ho selama ini.

    “Bersama, kami secara berterusan memberi ganjaran eksklusif dan tawaran kepada pelanggan kami bagi melengkapi gaya hidup mereka,” tambah beliau.

    Sepanjang promosi sehingga minggu pertama Julai, pelanggan yang membeli-belah tidak kurang $50 dalam satu resit menggunakan kad debit atau kredit Baiduri di cawangan-cawangan Hua Ho akan berpeluang memenangi sebuah kereta Mitsubishi ASX baharu, baucar membeli-belah bernilai sehingga $1,500 dan hadiah sagu hati bernilai $500.

    Sesi bergambar ramai bersama hadiah utama promosi berkenaan.
    Lau Soon Lin (kiri) bersama Pengiran Azaleen (kanan) memotong reben bagi melancarkan Promosi ‘Beli, Menang dan Pandu’.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda