Saturday, January 18, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ganjaran menarik buat pelanggan setia

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – Standard Chartered (StanChart) kembali dengan promosi popular secara eksklu-sif untuk pemegang kad kredit Mastercard Platinum Hua Ho StanChart sempena Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) yang menjelang tiba.

    Promosi yang akan berlangsung hari ini hingga hujung bulan ini, direka untuk memberi ganjaran pelanggan setia bank berkenaan dan menambahkan keseronokan pada musim perayaan, dengan menawarkan 380 pemenang bertuah peluang untuk menerima rebat tunai 38 peratus ke atas pembelian mereka.

    Pelanggan bank berkenaan yang membelanjakan kira-kira $100 dalam satu transaksi dengan Mastercard Platinum Hua Ho StanChart akan secara automatik dimasukkan ke dalam cabutan bertuah.

    Promosi tersebut hanya layak untuk pembelian di Hua Ho Manggis, Hua Ho Yayasan dan Hua Ho Tanjung Bunut.

    Ketua Produk Runcit dan Digital StanChart, Dayang Aisah binti Razali berkata, “Kami mahu mencipta promosi yang bukan sahaja mencerminkan semangat perayaan TBC tetapi juga menyediakan cara yang bermakna untuk menunjukkan rasa terima kasih kepada pelanggan kami.

    “Kami gembira kerana sekali lagi dapat membuat promosi bersama kad kredit jenama bersama rakan kongsi kami untuk memberikan faedah berterusan kepada pelanggan bersama kami,” tambahnya lagi.

    Beliau turut mengambil peluang mengucapkan selamat TBC kepada pelanggan mereka.

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda