Sunday, December 4, 2022
31.7 C
Brunei

-

Ganjaran Terbuka AS cecah AS$50 juta

NEW YORK, 19 Julai – Hadiah tunai bagi Terbuka AS tahun ini akan melebihi AS50 juta (43.3 juta euro), disahkan oleh para penganjur semalam, sekali lagi menjadikan kejohanan itu sebagai acara yang paling mahal dalam tenis.

Persatuan Tenis Amerika Syarikat (USTA) berkata dalam satu kenyataan bahawa ganjaran bagi kejohanan itu telah dinaikkan sebanyak AS$4 juta, menjadikan AS$50.4 juta secara keseluruhan.

Pemenang bagi Kategori Perseorangan Lelaki dan Wanita masing-masing akan menerima AS$3.7 juta, sementara hadiah tunai bagi setiap pusingan akan meningkat dengan purata 7.5 peratus berbanding pada tahun 2016.

Manakala juara bagi Kategori Beregu Lelaki dan Wanita akan membawa pulang AS$675,000, sementara ganjaran bagi kejohanan kelayakan telah meningkat kepada AS$2.9 juta, peningkatan sebanyak 49.2 peratus berbanding tahun lepas.

“Lima tahun lalu, kami komited kepada para pemian bahawa keseluruhan ganjaran untuk para pemian akan mencapai AS$50 juta di Terbuka AS, dan kami bangga dengan komitmen itu,” kata pengerusi USTA, Kartrina Adam dalam satu kenyataan. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -