Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Ganna pecah rekod kayuhan

    GRENCHEN, SWITZERLAND, 9 OKT – Pelumba Itali, Filippo Ganna menebus musim mengecewakan setakat ini dengan mencipta rekod baharu dunia acara kayuhan dalam masa satu jam selepas mencatat jarak 56.792 kilometer (km) di velodrom Grenchen di Switzerland semalam.

    Juara pasukan Olimpik Ganna mengatasi masa mengejutkan yang dicipta oleh pelumba Britain, Daniel Bigham, seorang jurutera dalam pasukan Ineos Grenadiers dengan jarak 55.548 kilometer di litar yang sama Ogos lalu.

    “Sungguh ajaib. Saya berjaya mencapai matlamat saya,” kata Ganna.

    “Saya mengucapkan terima kasih kepada kakitangan dan semua orang yang menyumbang kepada rekod ini.”

    Memulakan perlumbaan dengan hati-hati, juara dunia dua kali itu menambah kelajuan beransur-ansur untuk memintas rekod Bigham, 31, yang menyasarkan rekod dunia demi mengumpul data untuk kempen Ganna.

    Ganna, 26, turut mengatasi rekod pelumba Britain, Chris Boardman, 56.375km yang dicatat pada 1996.Namun jarak itu dibatalkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa selepas berlaku perubahan dalam peraturan peralatan.

    Pelumba Itali yang pertama mencipta rekod satu jam sejak Francesco Moser pada 1894, Ganna telah mencipta nama dalam beberapa tahun ini sebagai salah seorang pelumba paling berjaya dalam generasinya dengan kemenangan masa percubaan dunia pada 2020 dan 2021, empat pingat emas individu di kejohanan dunia dan kemenangan Olimpik Tokyo dalam acara berpasukan.

    Pelumba Itali itu menunggang basikal yang dicipta khas oleh Pinarello dengan rangka bercetak 3D untuk menambah prestasi aerodinamik, memintas rekod Bigman selepas 20 minit.

    Ganna seterusnya akan menyertai kejohanan trek dunia di luar Paris di antara 12 hingga 16 Oktober. – AFP

    Reaksi Filippo Ganna semasa meraikan kemenangan selepas memecah rekod satu jam di Velodrome Suisse, Grenchen, utara Switzerland pada 8 Oktober 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...