VALDOBBIADENE, 18 OKT – Juara dunia percubaan masa dari Itali, Filippo Ganna meneruskan rentaknya kelmarin dengan memenangi perlumbaan ke-14 Giro d’Italia sementara Joao Almeida merapatkan kedudukannya ke atas pendahulu jersi merah jambu.
Pelumba Ineos, Ganna merangkul kemenangan ke-3 tahun ini dalam perlumbaan sejauh 34.1 kilometer di rantau Prosecco di Itali.
Ganna mencatatkan masa 42 minit 40 saat dalam perlumbaan percubaan masa individu kelmarin, sementara rakan sepasukannya dari Australia, Rohan Dennis mencatatkan masa kedua terpantas dengan 26 saat dan pelumba Amerika Syarikat, Brandon McNulty menduduki di tempat ke-3 dengan 1 minit 9 saat di belakang.
“Saya sangat bangga dengan kemenangan ketiga saya di Giro!” menurut pelumba berusia 24 tahun, yang memenangi enam perlumbaan bagi musim ini termasuk lima dalam perlumbaan percubaan masa.
“Tahun ini saya banyak meningkat dan terima kasih kepada pasukan saya kerana banyak membantu saya.
“Setiap peningkatan sangat penting dan membantu dalam persembahan seperti yang dilihat hari ini.” Pelumba dari wilayah bahagian utara Piedmont memenangi perlumbaan pertama dunia di Imola bulan lalu, dan di Giro merupakan yang terpantas dalam pembukaan percubaan masa di Palermo dan kawasan pergunungan di perlumbaan kelima di Calabria. Almeida, keenam dalam perlumbaan dengan 1 minit 31 saat, telah mendahului dari hadapan sejak perlumbaan ketiga. – AFP